Thursday, January 8, 2009

Tips MGM 4999A

Disini saya berkongsi serba sedikit tips bagaimana anda membuat perancangan membuat permulaan bagi kursus MGM4999A iaitu kertas cadangan projek akhir.
Adakah anda sudah mencari tajuk dan skop kajian anda? : Jika belum pastikan anda mencari dan mendapatkan jurnal, artikel atau bahan-bahan rujukan sebagai panduan anda untuk mengenalpasti tajuk kajian anda.
Sila dapatkan jurnal khasnya yang berbentuk penyelidikan yang dapat membantu anda sebagai sumber sekunder dalam projek akhir anda. Jurnal boleh didapati di IPT, perpustakaan, badan-badan syarikat dan sebagainya.
Akhir sekali, anda perlu bertanya kepada diri anda apakah objektif anda melakukan projek ini berdasarkan major yang anda pilih seperti sumber manusia, kewangan dan pemasaran.
p/s: diharapkan tips yang sedikit ini membantu anda mendapatkan idea dalam permulaan kajian anda. Sekian. Terima kasih.

No comments: