Monday, January 19, 2009

The Corporate Firm

Synopsis note: The firm is a way of organizing the economics activity of many individuals. This docoment create in pdf and already tranlate to Malaysia language for learning. Thank you.

Download <<< click here for download file

Download SWOT Analysis KKD's draft

Download KKD's <<< click here for download file pdf

Thursday, January 15, 2009

PEPERANGAN & PENDERITAAN DI GAZA


Isu keganasan berterusan Israel ke atas penduduk Palestin menyebabkan ramai rakyat yang tidak berdosa terkorban. Peperangan di negara tersebut telah mengemparkan seluruh negara dunia dan menyebabkan ramai golongan masyarakat prihatin terhadap isu tersebut.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur kerana hidup dalam keadaan yang harmonis dan aman damai sejahtera. Peperangan dan penderitaan adalah satu kehidupan yang amat perit diamali dan kita perlu sedar bahawa dunia akan kiamat disebabkan kelalaian manusia yang ingin menjaga kepentingan diri sendiri.

-Sekian-

Wednesday, January 14, 2009

Sinopsis Khusus

MGM 4139 PENGURUSAN STRATEGI
Kredit : 3 (3+0) Prasyarat : MGM 3161, MGM 3211 dan ACT 3211
Kursus ini menekankan kepada pengurusan am. Ia akan menumpukan kepada keadaan perniagaan secara menyeluruh, yang melibatkan berbagai-bagai bidang pengkhususan di dalam pengurusan seperti perakaunan, kewangan, pemasaran dan pengeluaran. Pendekatan kursus ini adalah sebagai pengurus besar yang bertanggungjawab ke atas satu atau beberapa unit perniagaan.

MGM 4197 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN I
Kredit : 3 (3+0) Prasyarat : MGM 2111, MGM 2191 dan MGM 3113
Merangkumi teori-teori komunikasi di dalam organisasi psikologi pemerosesan maklumat manusia, sains pembuatan keputusan dan model-model asas di sebalik sistem maklumat, sistem-sistem sokongan, penentuan-penentuan keperluan maklumat, dan pembangunan, perlaksanaan, dan pengurusan sumber-sumber sistem maklumat.

MGM 4199A CADANGAN KERTAS PROJEK
Kredit : 2 (0 + 2) Prasyarat : Tahun Akhir
Cadangan Kertas Projek ini membolehkan pelajar memberi penumpuan terhadap topic kajian yang berkaitan bidang pengurusan dan pemasaran. Ianya akan disediakan di bawah pengawasan.

ACT 3121 PERAKAUNAN KEWANGAN PERTENGAHAN I
Kredit : 3 (3 + 0) Prasyarat : ACT 2112
Kursus ini meliputi perakaunan untuk perkongsian dan pengenalan kepada perakaunan Syarikat di mana penumpuan diberikan kepada penyediaan perakaunan untuk pembiayaan kewangan atau modal kedua-dua entiti. Penyediaan penyata kewangan adalah berpandukan kepada prinsip dan penggunaan perakaunan yang diterima umum (GAAP), Akta Perkongsian 1961, keperluan Piawaian Perlaporan Kewangan (FRS) dan Jadual 9 Akta Syarikat 1965.

ACT 4211 KEWANGAN PERBADANAN
Kredit : 3 (3 +0) Prasyarat : ACT 3211
Kursus merangkumi teori dan aplikasi kewangan perbadanan. Keutamaan topik-topik seperti maklumat kewangan dan pasaran kewangan, nilai kini bersih, penilaian sekuriti, belanjawan modal, penilaian risiko dan pulangan, pasaran modal dan penentuan harga aset modal, struktur modal syarikat, polisi dividen dan topik khas dalam kewangan perbadanan akan dibincangkan secara terperinci.

ACT4221 ANALISIS PELABURAN
Kredit : 3 Prasyarat : ACT 3211
Kursus merangkumi teori dan teknik pelaburan, analisis keberkesanan Frontier, penilaian aset, analisis teknikal, penilaian portfolio, analisis risiko dan pulangan.

Thursday, January 8, 2009

Tips MGM 4999A

Disini saya berkongsi serba sedikit tips bagaimana anda membuat perancangan membuat permulaan bagi kursus MGM4999A iaitu kertas cadangan projek akhir.
Adakah anda sudah mencari tajuk dan skop kajian anda? : Jika belum pastikan anda mencari dan mendapatkan jurnal, artikel atau bahan-bahan rujukan sebagai panduan anda untuk mengenalpasti tajuk kajian anda.
Sila dapatkan jurnal khasnya yang berbentuk penyelidikan yang dapat membantu anda sebagai sumber sekunder dalam projek akhir anda. Jurnal boleh didapati di IPT, perpustakaan, badan-badan syarikat dan sebagainya.
Akhir sekali, anda perlu bertanya kepada diri anda apakah objektif anda melakukan projek ini berdasarkan major yang anda pilih seperti sumber manusia, kewangan dan pemasaran.
p/s: diharapkan tips yang sedikit ini membantu anda mendapatkan idea dalam permulaan kajian anda. Sekian. Terima kasih.

Monday, January 5, 2009

TIMETABLE BBA5 (SUMBER MANUSIA)


P/S: HANYA KLIK PADA PICTURE JADUAL DIATAS UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS.HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH.

DIARI INFORMASI KOLEJ

5 JAN 2008 (Isnin) - Jadual Kuliah dikeluarkan di papan notis.
6 JAN 2008 (Selasa) - Pendaftaran kelab. Jam 9 pagi
7 JAN 2008 (Rabu) - Pendaftaran kelab. Kepada yang mengikuti program lawatan ke library UKM akan bertolak pukul 10pagi menggunakan train...hehehehe
8 JAN 2008 (Khamis) - Belum Ketahuai dan maybe pengambilan kad matrik pelajar.
9 JAN 2008 (Jumaat) - Perjumpaan para P.P masing-masing.

p/s: sila ikut perkembangan dari semasa ke semasa. Terima Kasih :~)

PEMBERITAHUAN: JADUAL BBA 5

KEPADA PELAJAR PROGRAM KERJASAMA UPM: CYEBERNETICS INTERNATIONAL COLLEGE OF TECHNOLOGY

P/S: Jadual sudah dikeluarkan tetapi mungkin akan mengalami perubahan. Sila buat semakan dengan kerap. Harap tiada perubahan yang besar.

HARAP MAKLUM & TERIMA KASIH

daripada pihak kolej