Thursday, December 11, 2008

Terminum Nescafe

Teh dah abis, tinggal nescafe je ada kat kabinet tu. Aku panaskan air lepas tu aku bancuh nescafe satu botol biar xngantuk. Macam kelawar lak xtdo malam, berjaga katanya...huhuhu...tapi kepada pening sikit sbb baru je isap rokok gudang garam. Kepulan asap memenuhi ruang bilik kamarku...katanya studio...hahaha...mana-mana je la.

Aku terus menunggu sambil-sambil tu aku cheak email. Malam tdi aku folow perkembangan berita terkini bencana tanah runtuh. Tak abis-abis ngan bencana alam, cuba la jadi insan yang cinta akan alam sekitar kan bagus. Ok la. Topik bencana alam akan aku karyakan dalam topik lain. Sebab aku terminum nescafe nak berchatting dengan abg tersayang tu. Dah 2hari xjumpa. Masing-masing ada keja sendiri dan sibuk ngan hal-hal penting sendiri. Tapi aku faham dan mengerti semua itu. Cukup la ni aku rasa. Sebabnya aku masih baru lagi dalam ni. Saje nak buat eksperimen katanya....huhuhuhu...itu je..selamat Tidur!!!

Ayuh! mari tdur. Ngantuk sudah ni. Air nescafe itu sudah luput dan hilang.

-SEKIAN-

Wednesday, December 10, 2008

mimpi yang ngeri...

Pada malam tdi, aku bermimpi tentang peperangan. Tapi peliknya, aku melihat askar yang mengikuti peperangan tersebut adalah dikalangan kanak-kanak diperingkat umur 10-12 tahun. Aku bertanya dalam diriku...'dimanakah askar-askar dewasa?'...wah, sungguh songsong dan mustahil askar-askarnya kecil seperti kanak-kanak. Dalam mimpu ku itu, aku pada masa itu berada di kawasan rumah di kampung aku. Kawasan itu memang mirip betul dengan halaman rumah di kampung ku. Aku dan keluarga ku pada ketika itu berlindung di dalam rumah lama (sekarang sudah baiki rumah baru dan besar). Ini kerana rumah lama dulu hanya berlantaikan tanah merah dan beratapkan daun nipah. Kami sekeluaga berkurang darurat dan menunggu munsuh yang datang ke rumah. Ayah aku pada ketika itu senantiasa bersedia dengan senapang patahnya. Ya...senapang itu memang aku penah lihat dan sah itu senapang patah ayahku. Ibu pula, tengah mengawal anak-anak buah ku yang masih kecil. Suasana di kawasan rumah itu sungguh sunyi dan hanya terdengar bunyi cengkerik dan binatang yang ada di luar rumah.

Dalam kegelapan, aku diminta oleh ayahku datang ke kampung sebelah untuk mendapatkan bekalan dan bantuan dengan segera. Disebabkan aku anak lelaki yang pertama, aku akur dengan arahan ayahku. Pada waktu siang, anak-anak buah ku pergi ke perigi di bawah bukit berdekatan rumahku. Semasa mereka mandi, tiba-tiba kedengaran bunyi dan aku mendapat rasa bahaya itu adalah askar munsuh datang di sekitar rumah ku. Lantas aku memanggil anak buah yang sulung datang menyenguk anak-anak buah ku yang lain. Nasib ketika itu baik, anak buah sulung ku berjaya menumpaskan askar tersebut. Aku berasa lega.

Pada petang yang redup itu, aku bingkas dan mengorak langkah menuju kampung sebelah untuk mendapatkan bekalan dan bantuan. Aku berjalan pantas dan sentiasa berwaspada terhadap bahaya yang akan menimpaku. Hari semakin gelap, aku sudah sampai di kampung sebelah dan aku segera menuju rumah kampung dan menceritakan perkara yang berlaku. Mana tidaknya, kampung aku tersebut berdekatan sempadan diantara indonesia dan sarawak. Kebetulan 'tuai rumah' (ketua rumah panjang) tersebut adalah datuk aku, jadi senang aku berurusan untuk meminta bantuan.

Aku sangat risau keluarga ku yang tinggal di kawasan hutan sana, oleh itu aku kembali balik ke rumahku pada malam tersebut. Nasib baik keadaan cuaca pada ketika itu terang dan memudahkan aku untuk berjalan menerusi denai-denai dan sungai. Sampai di jalan tanah merah, aku terdengar bunyi kenderaan. Aku segera bersembunyi di dalam semak tepi jalan tanah merah tersebut. Aku ingatkan kenderaan askar tetapi kereta lori kecil, aku berfikir...'lebih baik aku tumpang senyap-senyap lori kecil itu dari belakang'...tanpa berfikir panjang, lantas aku menaiki dengan senyap-senyap dibelakang lori kecil tersebut.

Tetapi, lori itu menuju ke kampung sebelah lagi dan aku pula tidak berfikir panjang yang aku fikirkan adalah....'emmm...janji aku selamat daripada berjalan dalam kegelapan'...Aku bersembunyi di belakang sehingga lori tersebut sampai di kampung sebelah lagi. Lori itu telah berhenti.....DAN AKU TELAH MELIHAT SIAPA???...RUPANYA 'DIA' PUN ADA DALAM MIMPI KU INI...persoalannya???...'adakah aku ini tengah merinduinya di sana?...tiba-tiba...

Aku terus terbangun dan melihat waktu sudah siang dan jam menunjukkan 7.45pagi...huhhhh...rupa-rupanya aku mimpi dan aku rindu kat dia setelah sehari tidak berjumpa...hehehe...

Biasa la mimpi ni...sebabnya adalah permainan tido. Tapi aku biasanya sebelum tido aku akan memnbasuh kaki ku dan semasa ingin masuk tido aku berdoa kepada ALLAH.

Itu la ceritanya. :-)

Tuesday, December 9, 2008

Salam Sejahtera

Salam sejahtera dan salam Muhibah kepada pembaca2,

Pada hari ini, saya tiada apa yang hendak dikongsikan terlebih dahulu. Tetapi hanya satu perkara yang saya akan beritahukan kepada pembaca2 yang dihormati.

Perkara tersebut adalah untuk memperkenalkan diriku ini. Saya seorang student yang berumur 22tahun dan masih menuntut di sebuah universiti di Malaysia. Saya bukan orang kaya, malahan saya suka berfikiran positif untuk kita berkongsi bersama di dalam blog ini. Saya bukan orang malaya tetapi saya adalah bangsa iban kaum minoriti di Malaysia.

Tujuan membuat blog ini ada untuk kita berkongsi bersama informasi dan isu2 yang mungkin mustahil dan logik difikirankan dalam kehidupan seharian kita. Dari situ kita mendapat ilmu yang berguna dan harus dipraktikan demi kebaikan kita bersama.

Tiada apa selain daripada apa yang telah dinurkilankan seperti perkara diatas. Sebaiknya, mungkin saya akan berkongsi bersama pembaca2 untuk kita ketahui bersama. Sekian dan Salam perkenalan

Yang benar,
jeff